Friday, August 27, 2010

Ramadhan Kareem

Sunday, September 27, 2009

Rayuan Derma Bagi Projek Pembangunan Sekolah Rendah Ibn Kathir

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah Al-Baqarah ayat 261)

"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat, maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah ayat 265)


Menjelang bulan Ramadhan yang mulia ini, amalan menderma dan berinfaq sangat besar ganjarannya di sisi Allah. Jika kita merujuk dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis-hadis banyak mengajak untuk kita sentiasa menghulurkan sedekah, berderma dan membelanjakan harta kerana mencari keredhaanNya semata-mata.

Justeru itu, marilah kita sama-sama menghulurkan sumbangan kepada Projek Pembangunan Sekolah Rendah Ibn Kathir ini di samping mengharap redha dan kurniaNya. Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan boleh disalurkan terus ke Tabung Pembangunan SRIK seperti di bawah:-
  1. BIMB No. Akaun 14032010020064 - Pembangunan Sekolah Rendah Ibn Kathir
  2. MBB No. Akaun 564221612554 - Sekolah Rendah Ibn Kathir
  3. CIMB.No Akaun 12190000687100 - Sekolah Rendah Ibn Kathir
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya. (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh"." (Surah Al-Munafiqun Ayat 10)

Berilmu, Beriman dan Beramal.

Sekolah Rendah Ibn Kathir




VISI Sekolah:


Membangunkan sistem persekolah yang berwibawa bagi menjana generasi Islam yang bekerja demi mencapai keredhaan Allah S.W.T.




MISI Sekolah:
  • Melahirkan pentadbir dan sistem pengurusan yang efektif
  • Melahirkan Murobbi mithali (pendidikan melalui pengamalan)
  • Melahirkan pelajar Muslim contoh
  • Mewujudkan suasana dan iklim pendidikan yang kondusif.
  • Menyediakan fizikal dan kemudahan sekolah yang lengkap

MOTO Sekolah:


Berilmu, Beriman dan Beramal.

A. Penubuhan Sekolah

Sekolah Rendah Ibn Kathir (SRIK), Kampong Changkat, Gombak, Selangor Darul Ehsan telah ditubuhkan pada bulan Disember 1991 dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 20 Julai 1994 dengan nombor pendaftaran 092/9. Pengambilan pelajar sulungnya adalah seramai 39 orang beserta dengan 5 orang tenaga pengajar. Kini, bilangan pelajar adalah berjumlah 160 orang dan jumlah guru pula adalah seramai 14 orang serta seorang kakitangan pantadbiran.

B. Tujuan Penubuhan:

SRIK ditubuhkan untuk menawarkan perkhidmatan pendidikan alternatif kepada ibu bapa dengan menyediakan pembelajaran mata pelajaran ugama dan akademik kepada pelajar-pelajar dari Tahun Satu sehinggan ke Tahun Enam.

C. Matlamat Pendidikan

Di antara lain, matlamat pendidikan SRIK ialah untuk memberi didikan ke arah melahirkan insan berakhlak yang mempunyai potensi tinggi dari aspek jasmani, rohani dan intelek untuk kenjadi perintis, pengurus dna pemimpin masyarakat yang baik di masa hadapan.

D. Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Pentadbiran SRIK dikendalikan oleh satu jawatankuasa Lembaga Pengelola yang dipengerusikan oleh Encik Mahyiddin Taat. Pengurusan harian sekolah dikendalikan oleh Guru Besar, Ustaz Muhammad Fauzi Naim Mohd dan dibantu oleh guru-guru dan kakitangan sekolah.

E. Kurikulum

Kurikulum SRIK disusun dan diselaraskan dengan Kurikulum Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar adalah seperti berikut:
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Arab
  4. Matematik
  5. Kemahiran Hidup
  6. Kajian Tempatan
  7. Pendidikan Seni
  8. Sains
  9. Pendidikan Jasmani
  10. Tajwid
  11. Aqidah
  12. Feqah
  13. Akhlak
  14. Sirah
  15. Hafalan Al-Quran
  16. Imlak
  17. Khat
F. Ko-Kurikulum

Program ko-kurikulum adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang dapat mengasah dan menyuburkan bakat dan potensi pada para pelajar. Kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan ialah:
  1. Kelab-kelab akademik
  2. Kelab kesenian
  3. Seni mempertahankan diri
  4. Puteri Islam
G. Masalah Logistik yang dihadapi sekarang

  1. Bangunan sekolah terletak di tengah-tengah kawasan perumahan.
  2. Kawasan yang amat terhad dan tidak ada ruang untuk membina makmal sains, kantin, padang permainan dan lain-lain.
  3. Tidak dapat mengambil lebih ramai pelajar kerana saiz kelas yang kecil.
H. Perancangan 10 Tahun Sekolah (2005-2015)

Salah satu perancangan 10 tahun sekolah ialah untuk mendirikan sebuah bangunan baru di atas sekeping tanah di sekitar Gombak yang akan dikenalpasti. Kos keseluruhan yang dianggarkan untuk membeli sekeping tanah (anggaran keluasan 1 ekar) dan mendirikan bangunan bilik darjah, pejabat pentadbiran, kantin, surau dan lain-lain adalah dianggarkan sebanyak RM 2 juta - RM 2.5 juta.

Lembaga Pengelola

Penasihat 1:
Prof. Madya Dr. Ismail Jusoh

Penasihat 2:
Prof. Madya Dr Nik Muktasim bin Nik Abdul Rahman

Pengerusi:
Mahyiddin bin Taat
[Dip. In Business Studies (UITM), Sijil Pengajian Syariah (UM)]

Naib Pengerusi:

Hj. Wan Mohd. Zaim Wan Ali
[Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (UITM)]

Setiausaha:
Ustaz Mohd Fauzi Naim Mohamad Zaki
[Sarjana Muda Usuluddin IAIN Ar Raniry, Acheh]

Ahli-ahli jawatankuasa:
1. Tuan Haji Syed Mohd Khair bin Syed Mohd Jiplus
[Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (UTM)]

2. Haji Riduan Rahmat
[BBA (Hon) Human Resource Management (UiTM)]

3. Haji Sabri Haji Wahab
[Diploma Kejuruteraan Awam (UiTM)]

4. Mohamad Ritzuan Bahrin
[BA (Hon) USM dan M Sc Pengurusan (UUM)]

Senarai Guru-guru dan kakitangan
  1. Ustaz Mohd Fauzi Na'im bin Mohamad Zaki (Guru Besar)
  2. Ustaz Abdul Pata bin Abu Bakar (Timbalan Guru Besar)
  3. Ustazah Aziroh binti Abdul Aziz
  4. Cikgu Elizawati binti Ibrahim
  5. Cikgu Noor Hashima binti Salleh
  6. Ustaz Mohd Hamim bin Semaon
  7. Cikgu Rasai binti Harun
  8. Cikgu Norizan binti Yong @ Yong Mohamad
  9. Ustazah Rohaziah binti Yahya
  10. Cikgu Zalina binti Abdullah
  11. Cikgu Asiah binti Mat Naan
  12. Cikgu Nik Hasfaliza binti Nik Mohd Hassan
  13. Ustaz Ahmad Solihin bin Ahmad Kamal
  14. Abdul Samad bin Mirasa (Pambantu Tadbir)

Berilmu, Beriman dan Beramal

Template by:
Free Blog Templates